Tuesday, 30 December 2014

Pusrapi - Hebat Bersalin Sunnahtullah Berbanding Bersalin Czer

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hebat Bersalin Sunnahtullah Berbanding Bersalin Czer

Ya Allah….
Sihatkan Tubuh Badanku,
Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,
Berkatkan Rezekiku.
Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu.



video





Ceaseraen
Bersalin secara Ceaseraen memang masa bersalin kurang sakitnya berbanding bersalin normal, namun yang tak best nya bersalin kaedah ini, mengikut pengalaman ramai ibu bersalin cara ini, sakitnya selepas proses pembedahan tu. Nak duduk susah, nak pakai bengkung susah, ada pulak tu luka luar nampak elok, tapi rupanya luka bahagian dalam masih lagi basah dan ada juga yang bernanah sampai berbau. Memang kalau dengar memang mengerikan dan mengilukan. Tapi semua wanita jiwa nya kuat dan tabah. Kaum lelaki belum tentu boleh jadi sekuat dan setabah wanita. Penjagaan bersalin bedah memang lebih rumit. Namun walau apa pun kaedah/ proses anda bersalin, penjagaannya masih tetap sama dan penting.

Ketahui beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan ketika berpantang:
Sayur-sayuran dan tumbuhan menjalar, sejuk dan berangin seperti kangkung, pucuk ubi, kacang buncit, kacang panjang, timun, petai, cili, brokoli,petola, labu, terung, ubi kayu dan kobis kerana boleh menyebabkan sakit tulang, lemah-lemah
sendi dan sejuk pada otot. Buah-buahan seperti tebu, nenas, belimbing, nangka,
cempedak, pisang nangka, pisang embun, pisang masak hijau, ciku, langsat dan tembikai cina kerana boleh menyebabkan sakit tulang, lemah sendi, angin dalam badan dan sejuk otot.

Penyakit-penyakit ini diketahui sebagai artritis dan rheumatisme.
Ikan masin atau ikan kering selain tidak mempunyai khasiat, ia juga dipercayai boleh menyebabkan darah nifas berbau busuk dan cepat kering. Ikan berbisa seperti ikan bawal, terubuk, pari duri, sembilang dan parang dikhuatiri bisa pada pintu rahim. Ikan tamban, tongkol, kembung, cencaru dan makanan laut menyebabkan kegatalan kulit dan alahan menyebabkan luka pembedahan bernanah Ayam biasa atau ayam Bandar serta telur ayam boleh dielakkan sehingga selepas 44hari. Air ais, air sejuk, air bergas, air tebu, air cincau, air kelapa muda serta jus buah dikhuatiri tajam dan boleh menyebabkan
angin dalam badan. Teh perlu dielakkan kerana menyebabkan angin dan kembung perut.

Apa jua makanan berlemak, berminyak dan berkolesterol tinggi. Daging lembu pula perlu dielakkan sehingga selepas kira-kira 2 minggu.


Pengalaman Pesakit Yang Melalui Kaedah Czer


For those yg selalu memperkecilkan kesakitan antara berrsalin normal n czer....jgn anggap czer ni xsakit...bius kalu da abis luka torehan ape xsakit...n jgn fikir bersalin normal je yg sakit...kalu boleh dua2 cara ni aku nk rs...tp ketentuan Allah...sape yg berani mempertikai..n para suami plsss jaga wife u all sebaik mungkin...betapa seksanya dia nk mengeluarkan zuriat anda satu2nya2nya...n once u care bout ur wife u akn lbh menghargai ibu yg melahirkan u all....skrg ni my baby almost 7m masih trasa tau sakitnya bila angkat brg yg berat..tambah lg plak aku 2org czer jarak dkat...


HEBAT SUNGGUH MELAHIRKAN BAYI MU CARA YANG ALLAH TENTUKAN

10/12/2013, Selasa
semalam ada sesi temujanji dengan Doktor Hospital Kuala Lumpur, so 7.40 pagi lagi dah ada dekat Klinik O&G. Macam biasalah prosedur nya macam kat klinik-klinik kerajaan yang lain. Daftar, cek urine, ambil tekanan dan berat. Selepas itu kenalah panggil dengan staff pratikal ni untuk "booking", selain dari tu bermacam2 soalan lah yang ditanya tentang sejarah kelahiran lama, pasal latarbelakang keluarga kita, belah suami kita dll. Dah soal jawab bagai,  kena tunggu sesi scan plak, then lepas tu barulah p jumpa doktor.
Sebab musabab kena jumpa doktor ni, tak lain tak bukan pasal kes sejarah lampau kelahiran anak pertama mas. Al maklumlah bila dah pertama kali operate, orang kata comfirm anak kedua pun akan operate juga. Tapi ada juga setengah orang dapat melahirkan anak kedua secara normal. Semuanya bergantung kepada nasib. Wallahualam...
Jadi, dari perbualan dan perbincangan, doktor macam biasa akan bagi dua kaedah sama ada mas still nak operate atau cuba bersalin Normal... bila dah tanya mas, dah tentu-tentulah mas akan cakap NORMAL.. sebab yang pertama dulu pun bukan mas yang terhegeh-hegeh nak operate tapi disebabkan ingin menyelamatkan nyawa anak yang ku kandung selama 38 minggu tu. Harap-harap kali ni biarlah air ketubanku pecah sendiri, masa yang pertama dulu baru bukaan 4cm dah doktor pakar pecahkan air ketuban dengan alasan nak mempercepatkan bukaan dan laluan bayi. So, doktor ada terangkanlah risiko-risiko jika pilih operate atau normal. Peningkan doktor tu jika nak tunggu mas dok fikir lelama nak bersalin ikut kaedah mana (FINAL), pesakit ramai lagi kat luar tu..hehehe.. jadi buatlah temujanji di hari lain untuk dapatkan keputusan muktamad. 

* kaedah kelahiran pertama mas dahulu*

masa ni mas dibius separuh badan sahaja, dan yang paling seronok dapat tengok secara "LIVE" melalui cermin lampu / lampu cermin dekat atas tu macam mana anak bujangku dikeluarkan..



tetapi kali ni untuk kelahiran kedua

SAYA NAK BERSALIN NORMAL, Doktor!!



Tapi bila balik tu, ada jugalah terlintas difikiran mas, susah2 macam ni Operate jelah... sebabnya mas dah pernah lalui detik macam ni kan.. tapi bagi mas, setiap wanita didunia ini semua nak lahirkan anaknya secara Normal. Kadang-kadang bila dah duduk sorang-sorang kepala otak dok rewang bercakap "tak sempurna jadi seorang wanita, isteri dan ibu jika aku tak boleh bersalin normal"...  meroyan sekejap
Jadi balik je dari hospital tu, cepat-cepat buka internet dan cuba cari pengalaman dan sejarah pabila melahirkan anak kedua secara normal selepas operate. Dari segi pembacaan mas, normal atau operate tak penting , yang penting sekali adalah dari dalam diri kita sendiri, pembawakan kita, kecekalan kita dan ketabahan kita selepas mengharungi proses bersalin. InsyaAllah jika mental kita kuat, tidak mustahil kita boleh melahirkan anak secara normal. Semuanya atas kekuasaan Allah swt. 
Apa yang penting sekarang, mas kena bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan. InsyaAllah, kalau ikut pengiraan minggu depan dah genap 9 bulan (36 minggu), dan bila-bila masa sahaja si kecik ni akan keluar melihat dunia. Apa-apa pun doakan mas dan bayi dalam keadaan sihat dan selamat ye. 

#copypaste dari majalah Pa&Ma berhubung dengan Kelahiran Normal selepas Caesarean
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selepas melalui pembedahan caesarean di kelahiran pertama, anda boleh berusaha untuk bersalin secara normal pula di kelahiran akan datang.

Impian melahirkan bayi yang dikandung secara normal selepas pernah menjalani pembedahan caesarean sememangnya menjadi matlamat kebanyakan para wanita hamil. Sudah menjadi fitrah buat seseorang wanita itu untuk cuba melahirkan anaknya menerusi faraj tanpa perlu melalui pembedahan yang sarat dengan pelbagai risiko yang boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri mahupun bayi yang dikandung.

Yakinilah bahawa usaha anda untuk mencuba kelahiran normal selepas caesarean atau lebih dikenali sebagai VBAC adalah lebih selamat dan kurang berisiko berbanding pembedahan caesarean untuk sekian kalinya.

Malah, pada masa kini kebanyakan doktor mengesyorkan kelahiran normal selepas pembedahan caesarean sekiranya beberapa aspek penting tertentu dipenuhi terlebih dahulu. Oleh yang demikian, jika anda bercadang untuk berusaha ke arah VBAC, dapatkan pandangan daripada doktor pakar yang memeriksa kehamilan anda sebelum mengambil sebarang keputusan.

Lazimnya, masih selamat untuk anda menjalani VBAC jika pernah menjalani satu pembedahan caesarean sebelum ini.

Walau bagaimanapun, VBAC tidak sama sekali disyorkan kepada anda yang pernah menjalani dua atau lebih pembedahan caesarean. VBAC boleh dicuba sekiranya :
1. Anda hanya ada satu parut yang rendah dari sisi ke sisi daripada pembedahan caesarean terdahulu.
2. Punca pembedahan terdahulu tidak berlaku dalam kehamilan terkini, Contohnya seperti bayi besar, tekanan darah tinggi dan diabetes.
3. Tiada sebab untuk anda menjalani kelahiran secara caesarean sepanjang kehamilan kali ini seperti komplikasi placenta praevia (uri bawah).
4. Pembedahan caesarean terdahulu bukan pembedahan klasikal.
5. Pelvis bersaiz normal.

Risiko
Untuk pengetahuan anda, wanita yang cuba untuk VBAC selepas pernah menjalani caesarean berkemungkinan kecil akan mendapati parut pada rahimnya terbuka semasa mengalami sakit kontraksi kelahiran. Komplikasi yang dikenali sebagai pecah rahim ini boleh membahayakan nyawa anda dan bayi dalam kandungan juga.

Namun begitu, risiko untuk rahim pecah dengan VBAC kehamilan tunggal (kajian tidak menunjukkan keputusan untuk kehamilan berganda) adalah hanya di antara satu hingga dua peratus. Hal ini kerana risiko untuk parut terbuka dan seterusnya menyebabkan rahim pecah adalah sangat rendah semasa VBAC sekiranya anda hanya ada satu parut yang rendah. Pada masa yang sama proses kelahiran tidak dimulakan dengan penggunaan ubat pencetus kontraksi.

Risiko sebegini lebih kerap terjadi pada pembedahan klasikal di mana hirisan rahim dibuat secara menegak dan bukannya melintang seperti yang kerap dilakukan oleh doktor pada zaman sekarang. Ketahuilah, rahim pecah sangat jarang berlaku kerana hirisan secara menegak tidak lagi diamalkan.

Biar apa pun risikonya, VBAC hanya boleh dijalankan oleh hospital yang mampu menjalankan pembedahan caesarean secara kecemasan. Untuk makluman, jika anda telah mencuba untuk VBAC tetapi malangnya masih memerlukan pembedahan caesarean, risiko menghadapi jangkitan adalah lebih tinggi berbanding daripada terus menjalani caesarean.

Kebaikan VBAC
Sesungguhnya terdapat banyak kelebihannya jika anda memilih bersalin secara normal.
1. Jalin Ikatan Dengan Bayi
Anda berupaya untuk menjalinkan hubungan dengan bayi baru lahir lebih awal. Ini dapat dilakukan apabila anda boleh terus memegang bayi selepas melahirkannya berbanding pembedahan caesarean. Anda juga boleh mula menyusukan bayi dengan susu ibu sejurus selepas kelahiran. Menyusukan bayi selepas melahirkannya secara normal lebih senang kerana anda tidak perlu menanggung kesakitan di bahagian jahitan pembedahan.

2. Lebih Selamat
VBAC akan mengurangkan kemungkinan anda mendapat jangkitan dan kehilangan darah yang serius atau mengalami komplikasi yang berkaitan dengan risiko pembedahan.

3. Pemulihan Yang Cepat
Jangka masa untuk anda tinggal di hospital adalah lebih singkat selepas VBAC. Tempoh yang lebih pendek di hospital membolehkan anda menghabiskan lebih banyak masa menjalani rutin penyembuhan di rumah. Dalam pada masa yang sama juga, anda mampu untuk mengembalikan tenaga dan stamina dengan lebih cepat disebabkan kurangnya kesakitan yang dialami selepas melahirkan.

4. Kurang Komplikasi
Dengan VBAC, anda dapat mencegah daripada berlakunya komplikasi tumpah darah yang banyak, darah beku di kaki, jangkitan kuman pada usus dan pundi kencing.

5. Elakkan Pertambahan Parut
Pertambahan parut pada bahagian rahim kesan daripada pembedahan caesarean dapat dihindari dengan VBAC. Aspek ini sangat penting bagi membolehkan anda merancang untuk menambah bilangan anak. Hal ini kerana semakin banyak parut pada rahim, semakin tinggi risiko untuk bersalin di kelahiran seterusnya.

6. Bayi Turut Mendapat Manfaat
Kelebihannya dapat dirasai oleh bayi apabila dia kurang risiko untuk dilahirkan secara pramatang, kurang masalah pernafasan selepas lahir dan paling penting kurang berisiko untuk menghadapi kematian.

7. Kurang Mahal

Prosedur VBAC adalah lebih murah berbanding pembedahan caesarean yang terancang. Hal ini kerana kosnya jauh lebih murah.


Rukyah Bersalin

"
... sayu hati saya melihat isteri menahan kesakitan.Terfikir saya azabnya wanita mengandung & bersalin.Kaum lelaki kena lihat sendiri pengalaman macam ni.Baru tahu susahnya kaum Hawa nak bagi zuriat... hehehee

Maka,apa yang lakukan pada permulaannya ialah terus berniat MEMAAFKAN semua dosanya andai dia tersalah kata/bahasa pada kita.Pohon pada Allah, jangan kerana dosanya,dia azab untuk meramaikan umat Muhammad S.A.W
Keduanya, saya meletakkan tapak tangan di dahinya. Disitu saya bacakan Al-Fatihah, Selawat Syifa' dan ayat Syifa' Al-Quran. Saya juga bacakan Doa Nabi Ibrahim agar kesakitannya diganti dengan rasa sejuk yang nyaman.
Ketiganya, saya meletakkan tapak tangan diperutnya. Saya bercakap secara jelas.
'Wahai Hamba Allah dalam perut ini.Ketahuilah ini adalah Papa (ayah) kamu.Aku arahkan kamu dengan nama Allah agar kamu keluar.'

Saya ulang beberapa kali... 'Ukhruj fi bi'iznillah' (keluar dlm keizinan Allah)
Keempatnya, saya ulang sebanyak sebelas kali ayat *luncur air dan ditiup pada perut isteri menghala ke bawah.
Syukur, isteri saya hanya kesakitan serius selama 7 minit dan terus bersalin dengan mudah.Saya yang berada di sisi mengusap dahinya.Saya ucapkan terima kasih kepadanya kerana sanggup bertahan dan menemani kehidupan bersama saya.
....Saya pangkunya dan Azan di telinga kanannya.Kemudian saya iqamah di telingan kirinya.
Syukur Ya Allah...hari ini Engkau berikan daku zuriatku dan semoga dia menjadi anak yang soleh.
Kepada para Suami, saya ijazahkan amalan ini pada kalian.Semoga ianya beguna dengan izin Allah di masa hadapan...Insyaallah."


Ayat Luncur Air (Ulang 11x)





Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji: 


Ustazah Siti 019-449 9929 
Ustazah Husna 019-496 6316
Ustazah Wahida 012- 552 0195
Ustaz Syamizam 019-5896783 
Ustazah Min (017-426 6908)
Pn. Nor Aniza (012-319 2542)


والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)







No comments:

Post a Comment