Friday 25 April 2014

Pusrapi Info: Dakwah Pusrapi Menyampai Ilmu


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

"Aktiviti Pusrapi Dalam Dakwah Menyampai Ilmu"
www.pusrapi.com
Alhamdulillah syukur, 

04 Safar 1435 (07 Dec 2013) - Hari ini PUSRAPI telah berjaya melahirkan Penterapi Baru Muslimat untuk Kursus Al-Hijamah Angkatan Ke-9 secara BIMBINGAN BERKALA dari Pusrapi dalam menangangi kes-kes kronik yang dipantau oleh pihak PUSRAPI sehingga pesakit menampakkan perubahan yang positif. 

Pusrapi mengucapkan Tahniah kepada semua peserta yang menjalani kursus Al-Hijamah .Semoga mereka dapat membantu PUSRAPI dalam menangani masalah pesakit yang semakin hari semakin bertambah di PUSRAPI serta dapat menghidupkan Perubatan Sunnah mempelajari kaedah terkini berdasarkan kes-kes baru.

Kami mendoakan agar kalian menjadi Penterapi Al-Hijamah yang berkhemah serta dapat membantu ramai lagi saudara-saudara kita yang sakit diluar sana & masih mengamalkan perubatan beracun pada tubuh mereka.

Ajaklah seramai mungki, katakan Jom Bekam!!! kalau anda nak SIHAT+SIHAT+SIHAT = DAPAT PAHALA SUNNAH
Insyallah moga kalian dipermudahkan & mendapat bantuan Allah S.W.T dalam menjalani Jihad Perubatan Sunnah. Amin.
TAHNIAH, peserta Mini Seminar " Terapi Sembuh Tanpa Ubat"..Kita bertemu dalam majlis ilmu yang akhirnya terjalin silaturrahim...Semoga ilmu yang kalian perolehi, dapat dikongsikan kepada org di luar sana...Mudah2an aura positif yang kalian terima memberikan suntikan semangat utk menempuhi jalan penghidupan penuh ranjau ujian dalam mencari Redha Allah...
Muslimin-Muslimat dijemput hadir...

Majlis ilmu Mukjizat Penyembuhan Al-Quran & Sunnah.

"PERUBATAN CARA NABI PASTI SIHAT"

Sabda Nabi: "Kunyahlah makananmu dengan menyebut nama Allah & disertai doa. Janganlah kalian tidur sebaik sahaja selesai makan, kerana akan membuat kalian susah buang air besar" - Riwayat Abu Nu'aim.
Alhamdullilah,

Kini PUSRAPI mendapat sambutan yang menggalakkan dijemput pula untuk membuat program kepada staff di Universiti Utara Malaysia dengan usahasama PUSRAPI cawangan Jitra. Memang 90% daripada mereka tidak pernah mendengar program sebegini di tempat-tempat lain dan ia memberi satu inspirasi kepada kami agar lebih ramai tampil untuk membuat suatu pembahuruan di majlis pengajian ilmu.
"Kami Beri Yang Terbaik" - Salam Istiqamah Kepada Pengguna Produk Pusrapi 

MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNG

Inilah bagaimana PUSRAPI yang mengetengahkan pengkongsian ilmu kepada lebih ramai orang supaya mereka mendapat ilmu yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat dan mudah-mudahan menjadi perawat-perawat muda pelapis baru bagimengembangkan lagi konsep perubatan yang sebenar, yang jauh terpuji di sisi ALLAH.

PROGRAM KAYU SIWAK MENDAPAT SAMBUTAN ORANG BUKAN ISLAM.

Berdakwah kepada orang bukan Islam dengan kaedah perubatan kerana perlulah kita mengambil tahu bahawa di dalam Al-Quran dan Sunnah jalan pertunjuk bagi umat manusia. Jika penyampaian di sandarkan kepada dua perkara ini,pastilah lebih ramai berminat mendalami dan mengkaji Al-Quran dengan sedalam-dalamnya. Mudah-mudahan program seperti ini memperolehi rahmat dari Allah Ta’ala.

Program Bersama Telekom Malaysia.
Program ini bukan pertama kali diadakan untuk memenuhi permintaan orang ramai atas perkongsian pihak PUSRAPI dalam menyebarkan kebenaran dari semua aspek kehidupan berdasar Al-Quran dan Sunnah yang telah mendapat tempat dalam hati masyarakat.
Pusrapi mengucapkan Tahniah kepada semua peserta kursus Al-Hijamah Angkatan Ke-4 untuk sesi khas buat Muslimin. Kami mendoakan agar kalian menjadi Penterapi Al-Hijamah yang berkhemah serta dapat membantu ramai lagi saudara-saudara kita yang sakit diluar sana & masih mengamalkan perubatan beracun pada tubuh mereka. Ajakilah mereka, katakan Jom Bekam kalau anda nak SIHAT+SIHAT+SIHAT = DAPAT PAHALA SUNNAH
Insyallah moga kalian dipermudahkan & mendapat bantuan Allah S.W.T dalam menjalani Jihad Perubatan Sunnah. Amin.

Pusrapi mengucapkan Tahniah kepada semua peserta kursus Al-Hijamah Angkatan Ke-4 untuk sesi khas buat Muslimin. Kami mendoakan agar kalian menjadi Penterapi Al-Hijamah yang berkhemah serta dapat membantu ramai lagi saudara-saudara kita yang sakit diluar sana & masih mengamalkan perubatan beracun pada tubuh mereka. Ajakilah mereka, katakan Jom Bekam kalau anda nak SIHAT+SIHAT+SIHAT = DAPAT PAHALA SUNNAH
Insyallah moga kalian dipermudahkan & mendapat bantuan Allah S.W.T dalam menjalani Jihad Perubatan Sunnah. Amin.

Syukur Alhamdulillah, 
04 Syaaban 1433 (24 Jun 2012) - Hari ini PUSRAPI telah berjaya melahirkan Penterapi Baru Muslimah untuk Kursus Al-Hijamah Angkatan Ke-6 secara BIMBINGAN BERKALA dari Pusrapi dalam menangangi kes-kes kronik yang dipantau oleh pihak PUSRAPI sehingga pesakit menampakkan perubahan yang positif. Tahniah kepada yang telah berjaya jalani kursus.

Syukur Alhamdulillah.
11 Syaaban 1433 (1 July 2012) - Hari ini PUSRAPI telah berjaya melahirkan Penterapi Baru Muslimin untuk Kursus Al-Hijamah Angkatan Ke-7 secara BIMBINGAN BERKALA dari Pusrapi dalam menangangi kes-kes kronik yang dipantau oleh pihak PUSRAPI sehingga pesakit menampakkan perubahan yang positif. Tahniah kepada yang telah berjaya jalani kursus.
Syukur Alhamdulillah, 
5 Mei 2012 - Hari ini PUSRAPI telah berjaya melahirkan Penterapi Baru secara BIMBINGAN BERKALA dari Pusrapi dalam menangangi kes-kes kronik yang dipantau oleh pihak PUSRAPI sehingga pesakit menampakkan perubahan yang positif.

Semoga mereka dapat membantu PUSRAPI dalam menangani masalah pesakit yang semakin hari semakin bertambah di PUSRAPI serta dapat menghidupkan Perubatan Sunnah pembelajaran kaedah terkini berdasarkan kes-kes baru yang memberi info lengkap buat peserta angkatan ke-5.
Diucapkan Tahniah diatas kerjasama anda bersama Pusrapi demi menghidupkan kembali Kaedah Perubatan yang kian sepi pada pandangan masyarakat dikala ini.
Syukur Alhamdulillah PUSRAPI telah melahirkan Penterapi baru pada 26 Feb 2012 di program Kursus Al-Hijamah Angkatan Ke-3 bertempat di Bilik Seminar Pusrapi Kulim Kedah. Penterapi telah dengan jayanya mempelajari terknik terkini serta berkongsi kes-kes terbaru untuk pembelajaran penterapian. Pihak Pusrapi mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama & sokongan anda semasa sesi perlatihan.

Tahniah...Tahniah...Tahniah....Kepada semua Penterapi Baru yang mempelajari Teknik Penyembuhan Tanpa Ubat Kategori Kursus Al-Hijamah Angkatan Ke-3. Semoga ilmu yang dipelajari dapat memberikan manfaat kepada khususnya pada keluarga dan masyarakan ummah sejagat. Pihak Pusrapi mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama & sokongan anda semasa sesi perlatihan.

Assalamualaikum w.b.t
Pusat Rawatan An-Naafi'u mengucapkan TAHNIAH! kepada semua peserta Seminar Eksklusif - Terapi Gerakan Syifa' Angkatan 1 yang berlangsung di INSPIN baru-baru ini. Semoga segala yang dipelajari dpt dipraktikkan & dikongsikan seramai yang mungkin utk saudara kita diluar sana. TAHNIAH SEKALI LAGI...ANDA HEBAT  Banyak berselawat keatas Nabi junjungan kita.
Wasslam.

Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji: 


Ustazah Siti 019-449 9929 
Ustazah Husna 019-496 6316
Ustazah Wahida 012- 552 0195
Ustaz Syamizam 019-5896783 
Ustazah Min (017-426 6908)
Pn. Nor Aniza (012-319 2542)


والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)









No comments:

Post a Comment