Sunday 20 October 2013

Pusrapi - SIHAT DENGAN WUDHUK

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

AMALAN KETIKA BERWUDUK


Syeikh Khatri menunjukkan cara wuduk Nabi seperti yang di perturunkan kepadanya oleh gurunya dengan rantaian (sanad) tanpa putus terus kepada Nabi SAW.. semoga Allah merahmati beliau.





AMALAN KETIKA BERWUDUK


Niat Sah Wuduk - "Sahaja aku mengangkat Wuduk Kerana Allah Taala"

Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu
dengan,

"Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak,
Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah
kamu dengan,

"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan
kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu
dengan,

"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di
tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu
dengan,

"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di
padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu
dengan,

"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu
dengan.

"Ya Allah, Jangan gelincirkan kakiku ketika aku melintasi titian
Siratul Mustaqim nanti".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu
dengan,

"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat serta ampunlah dosa2 aku".


Mari kita amalkan bersama...semoga bermanfaat

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

No comments:

Post a Comment