Saturday, 28 January 2017

Pusrapi Info : Payudara Di Makan Ulat

Payudara di Makan ULAT...

VIDEO 1

Ini adalah kisah benar selama saya merawat pesakit, dan ini kali pertama melihat pesakit kanser menderita sehingga lalat menghinggapi payudaranya yang melarat dengan tiada penjaga yang mencuci luka di kawasan payudaranya.

Jika kita semua akan beranggapan apalah dosa yang ditanggung oleh pesakit ini sehingga sakitnya melarat sehingga ketahap ulat memakan seluruh isi di kawasan payudaranya yang sedang membusuk.
Pesakit ini datang pada saya kali kedua dan keadaannya daif tidak dipeduli oleh sesiapa termasuk keluarganya. Kita tidak harus menyalahkan sesiapa dalam hal ni, bagi saya kita harus melihat hikmah di atas semua yang terjadi. 

Teringat saya akan kisah Nabi Ayub yang menderita sehingga ulat memakan seluruh badannya. Kisah ini tidak dinyatakan yang terperinci di dalam Al-Quran akan ulat memakan isinya. Cuma dikisahkan akan penyakit Nabi Ayub memberi kemudharatan kepada Nabi Ayub sehingga kan Malaikat juga tidak tertahan melihat keadaan Nabi Ayub. Kisah di Al-quran adalah contoh terbaik yang patut semua umat islam mencontohi, ketika mereka jatuh sakit. Tujuan sakit adalah satu, supaya kita menyerahkan segala-gala nya termasuk usaha ikhtiar berada di dalam pengetahuan Allah Taala.

Musibah yang diturunkan oleh Allah bukan lah sia-sia, melainkan rahmat Allah berada bersama-sama penyakit yang dihinggapi pada umat terakhir pada abad ini.
Saya mengingsafi diri sendiri dan berpegang kepada ayat yang termaktub di dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah 286 bermaksud:

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya"

Ayat ini memberi kekuatan kepada saya utk meneruskan rawatan atas pesakit tidak kira apa juga sakit yang ditanggung oleh pesakit. 

Malah saya menyakini setiap musibah ada rahmat Allah bersama-samaNya. 

Memang benar sangkaan saya, ia betul, memang ada rahmat Allah terhadap ulat yang hidup di dalam badan pesakit. Ulat tersebut memperlambatkan pendarahan di kawasan ketumbuhan menyebabkan pesakit tidak kehilangan darah yang banyak. Ya betul, kali pertama saya tidak dapat teruskan merawat pesakit kerana, saya terpaksa mandikan dahulu pesakit, memandangkan busuk yang datang dr darah yang berada di dalam payudaranya, membuatkan saya mual, dan menyerahkan tugas memandikan pesakit kepada perawat yang turut sama membantu. 

Selepas pesakit dimandikan, kami dapat teruskan rawatan seperti biasa. Bau busuk yang datang dari darah berkurangan, dan fokus saya semakin pulih dan dapat merawat kawasan yang dipenuhi ulat. Busuk memang ada, tetapi ajaib sekali, walaupun selesai perawatan, busuk itu hilang dan seperti biasa, saya seperti imun, jika perawatan yang melibatkan payudara membusuk, mungkin tempoh seminggu barulah bau itu hilang di dalam hidung saya. 

Tetapi, kes pesakit yang payudaranya berulat ini, ada perbezaaan pesakit-pesakit payudara yang saya rawat sebelum ini,selalu biasa terjadi kepada saya, bau busuk akan hilang tempoh seminggu di dalam hidung saya. tetapi ini tidak terjadi, selepas selesai merawat, bau busuk terus hilang dalam hidung sy.

Dalam proses rawatan, hampir 50 ekor ulat dapat dikeluarkan dari payudara pesakit, pesakit, langsung tidak mengadu sakit (ini juga ajaib) tetapi, pesakit start mengadu sakit setelah 4 ekor ulat terakhir yg saya cabut dari dalam isi payudaranya. Wah, ulat itu saya bilang dah hampir seminggu berada di payudaranya, sebab saiznya besar, dan hampir 3 tingkat lapisan dalam payudara, ulat itu berada.

Bayangkan 3 lapisan ulat-ulat itu berada, selesai lapisan pertama, kami cabut ulat-ulat itu ke lapisan kedua, selepas lapisan kedua, kami cabut pula di lapisan ketiga, itu yang paling akhir, ulat-ulat itu berada. Hampir 5 jam lamanya kami cuba selesaikan dahulu masalah ulat-ulat yang tinggal di dalam payudara pesakit

Jam ke 3, Kami rehat sebentar, staff sy yang menjaga kaunter depan juga turut sama membantu. Ia bukan kerja mudah, seorang harus suluhkan torch light, sorang harus spray agar ulat-ulat itu menonjolkan dirinya, sorang lagi, tukang kutip dan cabut ulat-ulat yang duduk di dalam payudara pesakit. Masing-masing cuba membantu agar kerja yang dilakukan segera, kerna rawatan belum dapat kami lakukan selagi masih ada ulat-ulat yang tinggal didalam payudara pesakit.

Pesakit juga pasti bosan menunggu kami melakukan kerja-kerja yang orang lain tidak mahu lakukan. Iya, boleh dikatakan kita lakukan ini atas usaha ikhtiar, bukan kesembuhan pada tangan perawat2. Prinsip ini saya tanamkan kepada pesakit-pesakit saya, tidak kira siapa mereka, dan tidak kira bangsa mereka. Pada orang India juga saya katakan yang sama, harus kita letakkan keyakinan tentang sembuh hanyalah kepada Tuhan bukan pada manusia. Tapi usaha ikhtiar juga kita lakukan atas dasar kita yakin akan  selagi mana tidak sampai ajalnya. kita harus iktiarkan sebanyak yang mungkin, tapi dengan cara alami, bukan ke arah kemudharatan.

Memperbanyakkan doa, ketika saat-saat kita menemui jalan buntu. Pohon lah doa banyak-banyak agar Allah membuka jalan kepada kita di saat-saat kita memerlukan. Inilah tanda kita seorang hamba, hamba berhajat kepada Yang Maha Kuasa yang memerintah 7 petala langit dan 7 petala bumi, dan nasib kita berada di dalam pengetahuan Nya. Allah berjanji akan makbulkan doa kita. Sesuai dalam firman Allah Taala, dalam surah Al Baqarah ayat 186 bermaksud:

"Dan Apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, Maka (beritahulah kepada merka) Sesunggunya Aku(Allah) sentiasa hampir (kepada mereka) ; Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul"

Berkali-kali saya menyuruh pesakit berdoa tetapi, pesakit meragui akan apa yang terjadi padanya. Dia terus bersoal adakah ini satu balasan dosa-dosa yang telah lalu. Saya mengatakan, apa yang terjadi, telah pun berlalu, tapi marilah kita berdoa kepada Allah supaya di beri kekuatan iman dan bersabar atas apa yang terjadi, dan akan terjadi. Berkali-kali juga saya menceritakan dosa2 orang terdahulu, tetapi diampuni oleh Allah. Saya cuba juga memberi kata-kata semangat agar pesakit tidak hilang semangat. 

Bagi saya semangat hidup itu perlu ada, dan semua org tidak kira sakit atau sihat, semangat untuk meneruskan kehidupan itu harus ada walau apapun terjadi, hidup ini perlu diteruskan dengan keyakinan terhadap Allah yang Maha Penolong dan Maha Pengasih dan Penyayang. 

Saya juga bilang pada pesakit saya, kerana Allah masih sayangkan Kak, sebab tu kak masih bernafas sehingga sekarang, dan keadaan sekarang masih ada masa kita memohon Allah ampunkan dosa-dosa yang lepas. Peluang ini masih ada, selagi kita bernafas. Hanya dengan doa, pintalah apapun, pasti Allah kabulkan.

Tiada Jalan Pintas untuk menemui kesembuhan, melainkan kita meletakkan diri kita berada di dalam 
GENGGAMANNYA. Amin.

VIDEO 2

Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji: 

Ustazah Siti (Kulim) 019-449 9929 
Ustazah Husna (Jitra/Alor Setar) 019-496 6316
Ustazah Wahida (Pauh Jaya) 012- 552 0195
Ustazah Rahmah (Alma Jaya) 012-449 5689
Siti Sarah  (Pulau Pinang Island)013-451 3459
Pn. Nor Aniza (Bangi)(012-319 2542)
Ustaz Mfedzly Faudzi (Sungai Petani) 0192446855
Ustazah Lyana Rahim (Sungai Petani) 0195004594
Siti Rahayu (Manjung): 013-4888201

Indah Islam Memberi Rahmat,
Al-quran Sunnah Pegangan Umat,
Bila sakit rindu sihat,
Sunnah Nabi Terbukti Hebat,

"Hidup Lebih Sihat...Bila Sunnah Terpahat" ✿‿✿

Pusrapi
Sembuh.Tanpa.Ubat

(◕‿◕)

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Friday, 6 January 2017

Pusrapi Info : Daftar Kursus Bekam Sunnah Pusrapi 2017@1438

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ya Allah….
Sihatkan Tubuh Badanku,
Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,
Berkatkan Rezekiku.
Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu.
Ya Allah Jadikan Hatiku Sentiasa Ingat Pada Mu.

💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞
💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞
💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞

Alhamdulillah syukur,
Muslimin & Muslimat dijemput untuk mendaftar diri mendalami Program Kursus Bekam Sunnah 2017 Anjuran Pusrapi ….
Kini jadual mula disusun atur untuk sesi 2017/1438 - PUSRAPI akan mengadakan Perkongsian Sebaran Ilmu Bekam & Kes-Kes terkini kepada muslimin & muslimat serta kepada alumni-alumni yang telah berjaya mendalami Ilmu Bekam Sunnah bersama Pusrapi.
Kami mendoakan agar kalian menjadi Penterapi Al-Hijamah yang berkhemah serta dapat membantu ramai lagi saudara-saudara kita yang sakit diluar sana & masih mengamalkan perubatan beracun pada tubuh mereka.
Pusrapi mengucapkan Tahniah kepada semua peserta yang menjalani kursus Al-Hijamah baru-baru ini mahupun yang telah lama mempelajarinya dan masih istiqomah melakukan perawatan keatas pesakit . Semoga mereka dapat membantu PUSRAPI dalam menangani masalah pesakit yang semakin hari semakin bertambah di PUSRAPI serta dapat menghidupkan Perubatan Sunnah mempelajari kaedah terkini berdasarkan kes-kes baru.
Ajaklah seramai mungkin , katakan Jom Bekam!!! kalau anda nak SIHAT+SIHAT+SIHAT = DAPAT PAHALA SUNNAH
Insyallah moga kalian dipermudahkan & mendapat bantuan Allah S.W.T dalam menjalani Jihad Perubatan Sunnah. Amin.
Indah Islam Memberi Rahmat,
Al-quran Sunnah Pegangan Umat,
Bila sakit rindu sihat,
Sunnah Nabi Terbukti Hebat,
"Hidup Lebih Sihat…
Bila Sunnah Terpahat"
Pusrapi
Sembuh.Tanpa.Ubat (◕‿◕)
Hot Line : 019-449 9929

Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji: 

Ustazah Siti (Kulim) 019-449 9929 
Ustazah Husna (Jitra/Alor Setar) 019-496 6316
Ustazah Wahida (Pauh Jaya) 012- 552 0195
Ustaz Syamizam (Alma Jaya) 019-5896783 
Ustazah Min (Alma Jaya) (017-426 6908)
Ustazah Rahmah (Alma Jaya) 012-449 5689
Siti Sarah  (Pulau Pinang Island)013-451 3459
Pn. Nor Aniza (Bangi)(012-319 2542)
Ustaz Mfedzly Faudzi (Sungai Petani) 0192446855
Ustazah Lyana Rahim (Sungai Petani) 0195004594
Siti Rahayu (Manjung): 013-4888201

Indah Islam Memberi Rahmat,
Al-quran Sunnah Pegangan Umat,
Bila sakit rindu sihat,
Sunnah Nabi Terbukti Hebat,

"Hidup Lebih Sihat...Bila Sunnah Terpahat" ✿‿✿

Pusrapi
Sembuh.Tanpa.Ubat

(◕‿◕)

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Saturday, 31 December 2016

Pusrapi Info : Salam Kesembuhan Ambang Tahun Baru 2017

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ya Allah….
Sihatkan Tubuh Badanku,
Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,
Berkatkan Rezekiku.
Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu.
Ya Allah Jadikan Hatiku Sentiasa Ingat Pada Mu.

💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞
💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞
💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞

Pusrapi Info :
Salam Kesembuhan Ambang Tahun Baru 2017

Kesihatan yang baik adalah anugerah Allah dan salah satu dari nikmat-nikmat Allah yang amat bernilai dalam kehidupan manusia. Sihat membawa maksud sebagai suatu keadaan di mana apa-apa yang ada di dalam badan manusia telah berperanan mengikut fungsinya dengan betul. Sakit pula ialah kedapatan apa-apa yang ada dalam badan manusia tidak berfungsi dengan betul dan melemahkan diri manusia.
Nabi telah bersabda:
"Dua jenis kenikmatan yang kebanyakan manusia dapat ditipu oleh kedua-duanya, iaitu kesihatan dan waktu lapang"
(Riwayat Bukhari )
Penyakit yang menimpa seseorang adalah merupakan salah satu dari ujian-ujian   Allah s.w.t.  Ujian, cubaan dan bala Allah ke atas hambanya  ada mempunyai tujuan dan hikmahnya yang tersendiri:
  1. Membersih dan memilih orang mukmin yang sejati dan membezakan orang munafik.
  2. Mengangkat darjat dan menghapuskan dosa hambanya kerana bersabar menghadapi ujian dan cubaan.
  3. Mengungkap hakikat manusia itu sendiri sehingga jelas memperlihatkan kesabaran dan ketaatannya.
  4. Membentuk peribadi dan tahan uji dengan ujian hidup dan melahirkan manusia berakhlak mulia dan tabah.
  5. Melatih diri agar manusia yang diuji dan dicuba ini bertambah sabar, tabah dan berpendirian teguh menghadapi musibah.
Sabda Rasulullah s.a.w:
 "Tidak ada seorang muslim pun yang ditimpa gangguan seperti tusukan duri atau lebih berat daripadanya melainkan dengan ujian itu dihapuskan Allah perbuatan buruknya serta digugurkan dosanya sebagaimana pohon kayu yang menggugurkan daunnya"
(Riwayat Bukhari dan Muslim )
Sabdanya lagi:
 "Ujian yang tiada henti-hentinya menimpa kaum mukminin lelaki dan wanita yang mengenai diri, harta dan anaknya ( dengan sabar) sehingga dia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa"
( Riwayat Tarmizi )
Nabi telah bersabda lagi:
Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi s.a.w sabdanya:
"Tiap-tiap penyakit itu(ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah"
(Riwayat Muslim dan Ahmad)
Berdasarkan hadis di atas dapat fahami bahawa:
Setiap penyakit ada ubatnya kecuali tua dan mati. Penyakit yang menimpa makhluk Allah adalah disebabkan oleh wabak, bala, ataupun disebabkan oleh  kelemahan dan kelalaian manusia itu sendiri. Makanan dan minuman merupakan  keperluan manusia. Ia perlu mengambil hanya  yang halal, bersih dan suci tetapi tidak secara berlebihan kerana. Sikap berlebih-lebihan akan mendatangkan pelbagai mudharat (penyakit). Allah s.w.t mengigatkan apa yang terdapat dalam al-Quran dalam Surah al-A'raf ayat 31:
"Makan dan minumlah dan janganlah berlebih-lebihan kerana Allah tidak suka kepada orang yang berlebih-lebihan"
Mengubat penyakit adalah menjadi kewajiban sebagai usaha dan ikhtiar manusia. Satu penyakit mungkin hanya mempunyai satu ubat tetapi berkemungkinan mempunyai puluhah ubat. Manusia dengan teknologi yang ada telah membuat kajian , penyelidikan serta penemuan. Oleh yang demikian kita selalu mendengar bidang-bidang perubatan seperti perubatan moden, Homeophati, Perubatan cina, Tradisional, Rawatan Islam dan berbagai-bagai lagi. Ada ubat yang memang ubat, ada ubat yang ada kesan sampingan, ada yang tidak ada kesan sampingan, ada makanan tambahan dan berbagai-bagai jenis yang berada dalam pasaran.
Nabi s.a.w bersabda:
"Berubatlah , sesungguhnya Allah Azza Wajalla tidak meletakkan (kepada manusia) sesuatu penyakit melainkan diturunkan  untuknya (penyakit tersebut) penawar kecuali satu penyakit (tiada ubat baginya). Lalu para sahabat bertanya apakah dia? ( penyakit yang tiada ubat itu ya Rasulullah) lalu Rasulullah menjawab, Tua(mati)"
Nabi menyatakan: "Jika menepati ubat itu akan penyakit maka ia akan sembuh". Ertinya kita mesti berusaha mencari ubat yang sesuai dengan penyakit kita. Mungkin sesuatu ubat itu tidak sesuai dengan seseorang walaupun ubat itu memang ubat yang khusus untuk penyakit tersebut. Sembuh bagi seseorang tetapi tidak sembuh untuk seseorang yang lain. Dengan makna yang lain ia disebut sebagai "Rasi".

Ubat bukan penyembuh. Ia hanyalah sebagai sebab musabbab sahaja. Penyembuh yang hakiki adalah Allah azza wa jalla. Sesiapa yang menganggap atau mengi'tiqadkan bahawa ubat dapat memberikan kesan atau menyembuhkan penyakit, maka orang dianggap syirik kepada Allah s.w.t. Sebab itu hadis riwayat Jabir sebagaimana diatas, Nabi menegaskan dengan perkataan: "Dengan izin Allah".
Wallahua'lam.

Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji: 

Ustazah Siti (Kulim) 019-449 9929 
Ustazah Husna (Jitra/Alor Setar) 019-496 6316
Ustazah Wahida (Pauh Jaya) 012- 552 0195
Ustaz Syamizam (Alma Jaya) 019-5896783 
Ustazah Min (Alma Jaya) (017-426 6908)
Ustazah Rahmah (Alma Jaya) 012-449 5689
Siti Sarah  (Pulau Pinang Island)013-451 3459
Pn. Nor Aniza (Bangi)(012-319 2542)
Ustaz Mfedzly Faudzi (Sungai Petani) 0192446855
Ustazah Lyana Rahim (Sungai Petani) 0195004594
Siti Rahayu (Manjung): 013-4888201

Indah Islam Memberi Rahmat,
Al-quran Sunnah Pegangan Umat,
Bila sakit rindu sihat,
Sunnah Nabi Terbukti Hebat,

"Hidup Lebih Sihat...Bila Sunnah Terpahat" ✿‿✿

Pusrapi
Sembuh.Tanpa.Ubat

(◕‿◕)

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Sunday, 25 December 2016

Pusrapi Info : Mencari Sembuh Yang Hilang

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ya Allah….
Sihatkan Tubuh Badanku,
Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,
Berkatkan Rezekiku.
Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu.
Ya Allah Jadikan Hatiku Sentiasa Ingat Pada Mu.

💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞
💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞
💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞

Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji: 

Ustazah Siti (Kulim) 019-449 9929 
Ustazah Husna (Jitra/Alor Setar) 019-496 6316
Ustazah Wahida (Pauh Jaya) 012- 552 0195
Ustaz Syamizam (Alma Jaya) 019-5896783 
Ustazah Min (Alma Jaya) (017-426 6908)
Ustazah Rahmah (Alma Jaya) 012-449 5689
Siti Sarah  (Pulau Pinang Island)013-451 3459
Pn. Nor Aniza (Bangi)(012-319 2542)
Ustaz Mfedzly Faudzi (Sungai Petani) 0192446855
Ustazah Lyana Rahim (Sungai Petani) 0195004594
Siti Rahayu (Manjung): 013-4888201

Indah Islam Memberi Rahmat,
Al-quran Sunnah Pegangan Umat,
Bila sakit rindu sihat,
Sunnah Nabi Terbukti Hebat,

"Hidup Lebih Sihat...Bila Sunnah Terpahat" ✿‿✿

Pusrapi
Sembuh.Tanpa.Ubat

(◕‿◕)

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Sunday, 18 December 2016

Pusrapi Info : Kursus Bekam Sunnah Asas Pusrapi 18 Rabiulawal 1438

Start Your Resolution Now; self-instruct for time itself is but a man-made construct....

Alhamdulillah syukur,

Terima kasih pada yang menghadiri Kursus Bekam Asas Anjuran Pusrapi ….

18 Rabiulawal 1438 (18 Dec 2016) - PUSRAPI akan melabuhkan tirai 2016 mengajarkan Teknik Bekam Sunnah pada hambanya yang terpilih untuk mempelajari kaedah keterapian ini di Pusrapi.

Kami mendoakan agar kalian menjadi Penterapi Al-Hijamah yang berkhemah serta dapat membantu ramai lagi saudara-saudara kita yang sakit diluar sana & masih mengamalkan perubatan beracun pada tubuh mereka.

Pusrapi mengucapkan Tahniah kepada semua peserta yang menjalani kursus Al-Hijamah baru-baru ini mahupun yang telah lama mempelajarinya dan masih istiqomah melakukan perawatan keatas pesakit . Semoga mereka dapat membantu PUSRAPI dalam menangani masalah pesakit yang semakin hari semakin bertambah di PUSRAPI serta dapat menghidupkan Perubatan Sunnah mempelajari kaedah terkini berdasarkan kes-kes baru.

Ajaklah seramai mungkin , katakan Jom Bekam!!! kalau anda nak SIHAT+SIHAT+SIHAT = DAPAT PAHALA SUNNAH
Insyallah moga kalian dipermudahkan & mendapat bantuan Allah S.W.T dalam menjalani Jihad Perubatan Sunnah. Amin.

Indah Islam Memberi Rahmat,
Al-quran Sunnah Pegangan Umat,
Bila sakit rindu sihat,
Sunnah Nabi Terbukti Hebat,

"Hidup Lebih Sihat…
Bila Sunnah Terpahat" ✿‿✿
Pusrapi
Sembuh.Tanpa.Ubat (◕‿◕)

Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji: 

Ustazah Siti (Kulim) 019-449 9929 
Ustazah Husna (Jitra/Alor Setar) 019-496 6316
Ustazah Wahida (Pauh Jaya) 012- 552 0195
Ustaz Syamizam (Alma Jaya) 019-5896783 
Ustazah Min (Alma Jaya) (017-426 6908)
Ustazah Rahmah (Alma Jaya) 012-449 5689
Siti Sarah  (Pulau Pinang Island)013-451 3459
Pn. Nor Aniza (Bangi)(012-319 2542)
Ustaz Mfedzly Faudzi (Sungai Petani) 0192446855
Ustazah Lyana Rahim (Sungai Petani) 0195004594
Siti Rahayu (Manjung): 013-4888201

Indah Islam Memberi Rahmat,
Al-quran Sunnah Pegangan Umat,
Bila sakit rindu sihat,
Sunnah Nabi Terbukti Hebat,

"Hidup Lebih Sihat...Bila Sunnah Terpahat"

Pusrapi
Sembuh.Tanpa.Ubat
(◕‿◕)

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Wednesday, 23 November 2016

Pusrapi Info: Jalan Ikhtiar Sembuh Bersama Team Pusrapi.

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ya Allah….
Sihatkan Tubuh Badanku,
Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,
Berkatkan Rezekiku.
Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu.
Ya Allah Jadikan Hatiku Sentiasa Ingat Padamu.

💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞
💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞
💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞

Pusrapi Info: Jalan Ikhtiar Sembuh Bersama Team Pusrapi.

Allah SWT yang menguasai tubuh kita dan yang memberikan kurnia kesihatan Zahir dan Batin. Bersabar ketika diuji sakit dan bersyukur ketika dikurniakan kesihatan. Kerana kadang seseorang yang diuji sakit terhina kerana ketidak sabarannya dan dikala sihat terhina kerana ketidak syukurannya.

Ada dua nikmat yang banyak orang lalai mensyukurinya yaitu nikmat sihat dan nikmat waktu” (HR Bukhari).

Nikmat sihat merupakan kurnia dari Allah SWT, dan sering dianggap sebagai suatu hal yang biasa saja, sehingga kita kadang lalai untuk bersyukur kepada-Nya. Biasanya, kesedaran akan besarnya nikmat sihat baru timbul pada saat kita mengalami sakit.
Pada saat terbaring sakit, betapa lemah dan tidak berdayanya kita. Dalam kondisi tersebut, kita akan mengalami kesulitan untuk melakukan berbagai aktivitas dengan baik, termasuk melakukan ibadah wajib seperti sholat lima waktu.

Namun, Allah SWT memberikan keringanan-keringanan saat kita mengalami sakit. Jika tidak boleh berdiri kerana keadaan badan lemah ketika sakit, kita boleh solat sambil duduk. Allah SWT menghendaki kemudahan dan tidak menghendaki kesukaran bagi hamba-Nya dalam beribadah.

Sabar adalah kegigihan kita untuk berada di jalan yang Allah sukai. Sabar ketika sedang diuji sakit. Kesabaran seseorang akan nampak dari akhlak dalam perbuatannya.
Ada beberapa sikap sabar yang boleh kita latih disaat kita diuji sakit.

1.Sikap berprasangka baik kepada Allah.
Diawali dengan menyedari sepenuhnya bahawa tubuh ini bukan milik kita melainkan milik Allah. Mau dijadikan sihat, sakit, itu hak Dia.

2 Sikap menerima ketentuan Allah.
Tidak berkeluh kesah. Keluh kesah adalah tanda-tanda dari ketidaksabaran. Biasanya orang sakit menderita itu bukan kerana sakitnya melainkan kerana dramatisasinya. Oleh kerana itu, betapapun parahnya penyakit kita, cubalah untuk memprofessionalkannya.

3.Merenungkan hikmah sakit
Salah satu hikmah sakit ialah gugurnya dosa bagaikan gugurnya daun-daun pepohonan. Dengan begitu, salah satu hikmah sakit yang boleh kita ambil ialah kesempatan kita untuk ber-muhasabah, mengintrospeksi diri, terutama terhadap sejumlah kesalahan-kesalahan yang pernah kita lakukan.

4.Berniat untuk sembuh
Kita harus berniat untuk sembuh. Sabar untuk berniat 
sembuh akan memotivasi kita agar tidak menyerah pada rasa sakit. Perjuangan kita menjalani rasa sakit insya Allah dicatat sebagai jihad fii sabilillah. Justeru di saat sakit itulah kita membuktikan ketaatan kita kepada Allah SWT.

Wallahualam bishshawab.

Semoga kita selalu menjadi manusia yang selalu bersyukur akan segala nikmat yg Allah berikan dan selalu bersabar pada saat ditimpa musibah.. Amin.