بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ya Allah….
Sihatkan Tubuh Badanku,
Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,
Berkatkan Rezekiku.
Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu.
Ya Allah Jadikan Hatiku Sentiasa Ingat Pada Mu.
💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞
💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞
💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞
1 Hari 1 Hadis:
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Melipat Gandakan Amal Di Sepuluh Akhir Ramadan
قَالَتْ عَائِشَةُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مَا لَا يَجْتَهِدُ فِي غَيْرِهِ
Aisyah Radhiyallahu anhuma, berkata: “Rasulullah SAW lebih giat (dalam beribadah) pada sepuluh hari terakhir ini yang tidak baginda lakukan pada hari-hari lainnya.” (HR Muslim No: 2009) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Rasulullah mempergiatkan amal ibadah pada 10 terakhir daripada bulan Ramadan melebihi daripada waktu lain.
2. Antara ibadat yang boleh dilakukan pada 10 terakhir Ramadan ialah iktikaf di masjid, perbanyakkan ibadat khusus seperti membaca Al-Quran, sedekah, berzikir solat sunat seperti duha, solat tahajud, solat tasbih dan lain-lain.
a. Dikatakan Saidina Umar sibuk menunaikan solat sepanjang malam hingga fajar.
b. Qatadah pernah mengkhatam seluruh Al-Quran setiap malam pada 10 malam terakhir Ramadan
3. Ada orang yang sanggup mengambil cuti semata-mata untuk menumpukan ibadat sepanjang 10 hari terkahir Ramadan. Anda bagaimana?
Mari kita lipat gandakan amalan di sepuluh hari terakhir daripada Ramadan ini.
a. Menjaga solat terawih dan pergi awal ke masjid, bersungguh untuk berada di saf paling hadapan dan tidak beredar sehinggalah imam meninggalkan tempatnya.
b. Iktikaf – usahakan pada sepuluh terakhir bulan Ramadhan, ajak ahli keluarga, jiran dan kenalan ke Masjid sekurang-kurangnya bermula waktu magrib sehingga tamat solat tarawikh.
c. Perbanyakkan doa "Sesungguhnya doa di waktu sahur adalah anak panah qadar". Doa untuk diri dan keluarga, doa untuk dakwah ini, doa untuk kesejahteraan umat Islam di Malaysia. Juga doa kesejahteraan umat Islam di Palestin, Syria, Iraq, Rohinga dan di seluruh dunia…semoga Allah mengembalikan hak mereka dan melegakan musibah mereka
18hb Jun 2017
23hb RAMADHAN 1438H
🔶LAILATUL QADR
▫Lebih baik dari 1000 bulan
▫Malam penuh barakah
▫Malam terbaik seumur hidup
▫Malaikat² turun ke bumi lebih banyak daripada anak² batu di bumi
🔶BILA?
▫Pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan
Sabda Nabi S.A.W:
تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنْ الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ
"Carilah Lailatul Qadr pada malam² ganjil dari sepuluh hari terakhir bulan Ramadan" (Al-Bukhari no. 2017 & Muslim no. 1170)
▫ Abdullah Mas'ud dan Abdullah Abbas cenderung malam ke-27
▫Imam Syafi'e cenderung malam ke-21 dan 23
▫Imam Ghazali mengambil kira hari permulaan 1 Ramadan:
▫Isnin: malam ke-21
▫Sabtu: malam ke-23
▫Khamis: malam ke-25
▫Selasa/Jumaat: malam ke-27
▫Ahad/Rabu: malam ke-29
🔶KELEBIHAN BERIBADAH PADA MALAM ITU
▫Pahala ibadah 1000 bulan
▫Diampunkan dosa
▫Dimakbulkan doa
🔶APA YANG PERLU DILAKUKAN
▫Lakukan amalan fardhu
▫Tinggalkan perkara dilarang
▫Beri'tikaf di dalam masjid
▫Mendirikan solat² sunat
▫Membaca Al-Quran
▫Beristighfar
▫Bersedekah
▫Memperbanyakkan doa
اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعف عني
▫Lain² amalan soleh
🔶TANDA-TANDA
Waktu Malam
▫Sunyi sepi, tenang
▫Tidak terlalu panas & sejuk
▫Bulan tidak terlalu bercahaya
▫Rasa mengantuk dan keletihan
Waktu Pagi
▫Pancaran matahari putih bersih
▫ Langit tidak berawan
6 Perkataan Ulang Sebanyak Mungkin Dalam 10 Hari Terakhir
اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
1. Allahumma
2. Innaka
3. 'Afuwwun
4. Tuhibbul
5. 'Afwa
6. Fa'fu 'Anni
Yang bermaksud:
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha pemaaf dan senang memaafkan, maka maafkanlah kesalahanku."
Doa ini diberikan oleh Nabi Muhammad saw kepada isteri baginda Siti Aisyah melalui kisah berikut:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam semoga terlimpah kepada Rasulillah, keluarga dan para sahabatnya.
Doa di atas adalah doa yang berkaitan dengan sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan dan punya kaitan dengan Lailatul Qadar. Doa tersebut menjadi sangat istimewa karena diajarkan sendiri oleh Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam kepada isteri tercinta beliau, ummul mukminin 'Aisyah Radhiyallahu 'Anha. Yaitu saat 'Aisyah bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana menurutmu jika aku mendapatkan Lailatul Qadar, apa yang harus aku baca?" kemudian Beliau Shallallahu 'Alaihi Wasallam menjawab, "Ucapkanlah:
اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha pemaaf dan senang memaafkan, maka maafkanlah kesalahanku."
(HR. al-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad. Imam al-Tirmidzi dan al-Hakim menshahihkannya)
Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji:
Ustazah Siti 019-449 9929
Ustazah Husna 019-496 6316
Ustazah Wahida 012- 552 0195
Ustaz Syamizam 019-5896783
Ustazah Min (017-426 6908)
Ustazah Rahmah 012-449 5689
Siti Sarah 013-451 3459
Website : http://www.pusrapi.com/
Blogs : http://pusrapi.blogspot.com/
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)