Sunday 29 January 2017

Dunia oh Dunia

Dunia Tidak Mengiktiraf Perawatan Bekam sebagai Pengubatan Alternatif.

Itulah realiti ini jika anda hidup di zaman yang penuh dengan fitnah akhir zaman. Apa yang menghairankan, perawatan ini tidak diiktiraf seperti perawatan-perawatan alternatif yang lain seperti ayurvedic, chinese medicine, thailand message dan sebagainya. Kesemua alternatif ini di kaitkan dengan agama masing-masing. Malangnya bukan sahaja dunia tidak mengiktiraf perawatan bekam, malah orang Islam juga meragui akan konsep perawatan bekam. Ada yang menaburkan fitnah tentang kemudharatan bagi sesiapa yang melaksanakan bekam mahupun profession penterapi bekam.

Saya sendiri menerima pelbagai persoalan salah faham tentang bekam, lalu apa yang meyakinkan saya akan hadith nabi dan rujukan Al-quran sebagai pertunjuk jalan ke arah mencari makna kesembuhan hakiki. Sebenarnya, profession ini sesuai bagi sesiapa yang ingin dekat dengan Allah taa'la kerana ia bermain diantara kaedah ikhtiar mencari jalan kesembuhan itu adalah kembali kepada Allah taala.

Pengiktirafan Pengubatan alternatif yang lain sudah pun mendapat pengiktirafan dunia dan negara masing-masing. Belum ada lagi pengiktirafan terhadap perubatan bekam yang diiktiraf di negara sendiri apatah lagi dunia. Lihat sahaja, kemana-mana kita beritahukan kan tentang pembekaman, tiada orang yang tahu, malah ada yang memberitahu ia adalah pengubatan cina zaman silam.

Hanya Umat Islam sahaja yang dapat mengiktirafkan pengubatan Bekam sebagai jalan iktiar ke arah kesembuhan. Jika Anda umat Islam pun tidak mengiktirafkan pengubatan bekam dan apa sahaja yang termaktub dalam Al-Quran dan hadith, bertapa lemahnya pegangan agama kita sekarang ini diambang fitnah akhir zaman. Segalanya berada di dalam pengetahuan Allah Taala.

Saya sendiri pernah menemuramah, pengajar pengubatan alternatif dari Thailand, India, dan China, mereka memang meletakkan kuasa penyembuhan itu datang dari tuhan mereka. Konsep islam menggunakan kaedah penyerahan kuasa mutlak penyembuhan itu ada pada Allah taala. Setiap penyakit diturunkan juga penawar di dunia ini, tugas kita adalah ikhtiar, di situ akan kita perolehi ilmu pengubatan secara tak langsung. Kita harus pegang kepada surah Al-Fatihah ayat 5 yang bermaksud:

"Engkaulah sahaja yang Kami Sembah dan Kepada Engkaulah Kami Memohon Pertolongan"

Fahamkan baik-baik ayat ini. Kita bukan menyembah kepada manusia atau tuhan selain Allah, jangan sesekali menanyakan soalan kesembuhan itu pada penterapi kerana kuasa mutlak kesembuhan itu datang dari Allah Taala. Kita juga tidak harus mempercayai bahawa sesetengah penyakit tiada ada ubat. Ini bersalahan dengan hadith nabi bermaksud:

Tidaklah Allah subhanahu wa taala menurunkan penyakit melainkan pasti ada ubatnya. Dari Abu Hurairah Radhiallahu anhum, bahawasanya Nabi Shallallahu alahi wa sallam bersabda:
 "Tidaklah Allah menurunkan suatu penyakit, melainkan dia juga menurunkan Ubatnya" ( Sahih Bukari No. 5354 )
Dari Jabbir Bin Abdillah Radhiallahu anhum; katanya Rasulullah Shallalahu alaihi wa sallam bersabda:
" Setiap penyakit ada ubatnya. Apabila ubat tersebut sesuai dengan penyakit, maka ia akan sembuh dengan izin Allah" ( Sahih Muslim no. 2204 )
Hadis ini membatalkan banyak dari dakwaan orang yang menyatakan setengah penyakit susah diubatinya kerana ketiadaan ubat. Dan ubat yang ada tidak dapat menyembuhkan penyakit tersebut. Kita beriman dengan hadis ini dan jelas bahawa penyakit tidak sembuh kerana ubat tidak sesuai. Dan penyakit boleh sembuh dengan ubat yang sesuai dengan izin Allah. 
Selagi bernyawa anda harus ikhtiarkan dan jangan berputus asa dengan rahmat Allah. Jangan lah kita tergolong dalam golongan orang-orang yang sesat, tidak dapat lihat betapa banyak lagi jalan menuju kesembuhan. Asalkan tetapkan hati anda, melaksanakan tuntutan Allah taala terhadap tugas kita sebagai hamba.

Berdoalah itu menunjukkan lemahnya kita sebagai hamba. Kepada Allah jualah harus kita memohon pertolongan apabila terkena musibah.

Apa juga sakit yang melanda, Allah turunkan juga bersama penawar. TIADA JALAN MUDAH, melainkan anda bersabar, solat dan pohon doa kepada Allah. Allah akan mengilhamkan kepada anda jalan keluar dari apa yang anda mohon pada Allah Taala.

Harus kita perbetulkan fikiran kita terhadap apa yang telah tertanam di dalam minda kita melalui sistem pendidikan kita, yang mengajarkan kita hanya kepada logik akal sahaja. Kita terbawa-bawa akan kefahaman logik akal, ini akan membataskan jalan menuju ke kesembuhan yang hakiki.

Hakikat hidup di dunia ini adalah sebagai tempat kita beramal dan akan dipersembahkan kepada Allah  agar Allah menerima segala amal ibadat kita dan menyelamatkan kita dari Neraka Jahanam.

Betapa orang sakit itu diambang ujian keatas pegangan akidahnya dengan penyakit yang dia deritai. Mereka semakin lama semakin tidak mempercayai qada dan qadar yang telah ditentukankan oleh Allah. Terus mereka menyerahkan segala-gala kepada manusia.... sepandai-pandai manusia, belum tentu manusia itu akan tahu untung nasib nya pada esok hari...alangkah lemah nya pegangan kita terhadap keterbatasan logik akal manusia.Perubatan yang tidak berpegang kepada mentauhidkan akan Allah akan menuju jalan buntu kerana logik akal manusia itu amat terbatas.

Apabila sakit, ini lah jalan anda kembali kepada Allah. Kembali kepada apa yang Allah serukan di dalam Al-Quran dan Hadith serta jalan orang-orang yang soleh. Jika Allah memilih mereka yang sakit ini ke jalan yang Allah rahmati, segala-segalanya menjadi ibadat, menjadi saksi di akhirat kelak.
Wallahualam.


Perubatan Ayurveda dikaitkan dengan Tuhan Dhanvantari



Perubatan Urutan Thai  dikaitankan dengan Guru Shiva memohon restu sebelum melakukan perawatan.

Perubatan Cina  dikaitkan dengan Yin dan Yang yang menjadi konsep keharmonian tubuh badan manusia.






Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji: 

Ustazah Siti (Kulim) 019-449 9929 
Ustazah Husna (Jitra/Alor Setar) 019-496 6316
Ustazah Wahida (Pauh Jaya) 012- 552 0195
Ustazah Rahmah (Alma Jaya) 012-449 5689
Siti Sarah  (Pulau Pinang Island)013-451 3459
Pn. Nor Aniza (Bangi)(012-319 2542)
Ustaz Mfedzly Faudzi (Sungai Petani) 0192446855
Ustazah Lyana Rahim (Sungai Petani) 0195004594
Siti Rahayu (Manjung): 013-4888201


Indah Islam Memberi Rahmat,
Al-quran Sunnah Pegangan Umat,
Bila sakit rindu sihat,
Sunnah Nabi Terbukti Hebat,

"Hidup Lebih Sihat...Bila Sunnah Terpahat" ✿‿✿

Pusrapi
Sembuh.Tanpa.Ubat

(◕‿◕)

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

No comments:

Post a Comment