بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Pujian sarjana barat kepada Rasulullah saw
Thomas Carlyle (1795-1881) |
Thomas Carlyle (1795-1881) yang juga seorang ahli sosiologi dan
sejarah berbangsa Scotland dalam
bukunya On Heroes, Heri Worship and the Heroic in History (1840) mengungkapkan:
“Muhammad tidak belajar di sekolah dengan apa yang kita namai hari
ini sebagai ‘pelajaran sekolah’. Dia tidak pernah belajar seperti itu. Memang
dia seorang yang tidak dapat membaca dan menulis. Tetapi, sejak awal lagi
beliau sudah dipandang sebagai seorang pemikir besar. Para sahabatnya menggelar
dirinya sebagai al-Amin, orang yang dipercayai. Bagi bangsa Arab, kemunculannya merupakan kelahiran baru daripada gelap menjadi terang.
Pertama kali tanah Arab
menjadi hidup kerananya. Muhammad seorang nabi sekali gus seorang pahlawan yang
diutus ke tengah para pengembala miskin yang hidup mengembara di gurun sahara
sejak penciptaan dunia. Baginda datang membawa kehidupan baru yang mereka
saksikan dan mereka rasakan. Satu bangsa yang pada mulanya tidak mahu berubah
menjadi satu bangsa yang menarik perhatian dunia dan di kecil berubah menjadi
sebesar dunia. Satu abad selepas itu orang-orang Arab menakluki Granada
(Sepanyol) dengan satu tangan dan dengan tangan lain mereka meraih Delhi
(India).
Bumi Arab menjadi bersinar sepanjang masa, memancarkan cahaya ke
bahagian terbesar dunia. Amat besar kepercayaan yang diberikan umat manusia
kepada ajarannya sehingga dapat memulihkan kehidupan dan mengubah sejarah
bangsanya. Selepas meyakini seluruh kebenaran dibawanya, mereka berubah menjadi
manusia besar. Selama satu abad Nabi Muhammad s.a.w. menjadi seperti sepercik
api di tengah kegelapan dunia yang pada mulanya nampak seperti pasir hitam yang
tidak menarik perhatian. Kemudian percikan itu ternyata apai yang ledakannya
memancarkan sinar ke serata langit mulai dari Delhi hingga ke langit Granada.
Saya katakan, manusia besar itu seperti halilintar dan petir di langit yang
dinanti-nantikan oleh manusia-manusia di bumi sebagai bahan bakar, dan kemudian
mereka akan menyala berkobar-kobar.”
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
No comments:
Post a Comment