بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kisah Nabi Muhammad Mengajar Kita Keluar Dari Kemiskinan
Kisah Nabi Muhammad Mengajar Kita Keluar Dari Kemiskinan -
Pada suatu hari seorang lelaki Ansar datang kepada Nabi Muhammad SAW meminta
bantuan.
Baginda saw pun bertanya, “Apakah kamu mempunyai sesuatu di
rumah?”
Lelaki Ansar menjawab, “Ya ada. Iaitu pakaian kasar yang
dapat mengalas punggung unta. Sehelai kami guna dan ada yang sehelai hamparkan.
Dan juga bekas minum.”
Rasulullah SAW pun terus berkata, “Bawa kedua-duanya kepada
aku.”
Maka lelaki Ansar itu tadi pun membawa kedua-duanya kepada
Rasulullah saw lantas Baginda mengambilnya lantas berkata kepada orang ramai,
“Siapa yang mahu membeli dua barang ini?”
Seorang lelaki menjawab, “Aku akan membelinya dengan 1
dirham,”
Rasulullah saw pun berkata & mengulanginya 2, 3 kali,
“Siapa yang mahu menawarkan 2 dirham?”
Seseorang pun menjawab, “Saya mahu membelinya dengan 2
dirham,”
Rasulullah saw pun mengambil 2 dirham tersebut dan diberikan
kepada lelaki Ansar tadi lalu berkata, “Belilah makanan 1 dirham untuk
keluargamu dan 1 dirham lagi gunakan untuk membeli (mata) kapak dan bawa
kepadaku.”
Lelaki Ansar tadi pun melaksanakan arahan Rasulullah saw dan
memberikan (mata) kapak tersebut kepada Baginda.
Rasulullah saw memasangkannya dengan kayu lalu berkata, “Nah
(kapak) dan sila pergi mencari kayu. Aku tak mahu melihat kamu di sini selama
15 hari ini.”
Lelaki Ansar itu pun beredar, mencari kayu dan menjualnya.
Selepas 15 hari lelaki Ansar itu datang kepada Rasulullah saw bersama 15
dirham.
Rasulullah saw pun berkata, “Beli makanan dan bakinya beli
pakaian.Sesungguhnya ini adalah lebih baik dari dari kamu datang meminta-minta
kerana perbuatan meminta-minta itu akan merosakkan wajah kamu pada hari Akhirat.
Sesungguhnya meminta-minta itu hanya untuk yang sangat miskin, orang yang
kerugian teruk atau darah yang menyakitkan.”
gambar hiasan
Nota:
1. Hadis ini direkodkan oleh Imam Ibn Majah, No hadis 2198.
2. Rantaian hadis ini bermula dari Anas bin Malik r.a.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
No comments:
Post a Comment