بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ya Allah….
Sihatkan Tubuh Badanku,
Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,
Berkatkan Rezekiku.
Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu.
Pusrapi Info: Sembuh Penyakit Barah
satu contoh saja yang akan dibawakan, malahan beberapa contoh. Contoh-contoh ini turut lebih
menguatkan lagi kebenaran al-Qur’an sebagai penyembuh, dalam makna, kesembuhan itu bukan
saja terjadi di awal sejarah pada masa Nabi kita, Shallallahu ‘alaihi wasallam dan masa salaf ash-
shalih, malahan juga turut berlaku di zaman mutakhir ini. Ia insya’Allah, akan terus berlaku sampai
ke akhir zaman.
Contoh-contoh I-II yang terdahulu merupakan bukti-bukti dari zaman silam tentang
kebenaran al-Qur’an sebagai penyembuh. Bagaimana pula dengan masa sekarang di era mutakhir
ini? Adakah ia juga berlaku, masih berlaku dan akan terus berlaku seperti peristiwa-peristiwa
terdahulu itu?
Jawabnya: Dengan penuh yakin kita tegaskan “ Ya!” pasti berlaku dan akan terus berlaku,
kerana mu’jizat al-Qur’an bukan terhenti pada satu-satu zaman saja, malahan untuk semua zaman.
Kalau pada 1,000 tahun lebih, atau 700 tahun lebih dahulu ia berlaku, mengapakah pula sekarang
dan juga di masa-masa akan datang ia tidak boleh berlaku? Bukankah al-Qur’an pada seribu tahun
lebih dahulu itu, itulah juga al-Qur’an yang ada pada hari ini dan malah untuk sepanjang zaman
sampai Hari Kiamat, insya’ Allah? Tegasnya mu’jizat al-Qur’an tidak sekali-kali luntur apatah lagi
padam.
Inilah contoh-contoh mutakhir.....sila dihayati:
"Sembuh Dari Penyakit Barah"
Al-kisah seorang wanita Maghribi yang menderita penyakit barah. Dia sudah pun berjumpa ramai doktor dan perawat bertauliah, namun sekalian
mereka gagal merawatnya. Tidak ada lagi harapan. Bahkan tempoh hayatnya pun sudah diramalkan
cuma tinggal dalam hitungan hari saja lagi. Perkara ini,juga telah sedia dimaklumi oleh si penyakit
sendiri.
Mungkin hidayat Allah kepadanya, dengan tiba-tiba saja dia teringat untuk melakukan umrah.
Diapun tanpa membuang masa bertolaklah ke Makkah al-Mukarramah. Di Makkah selain
melakukan umrah, dia juga banyak duduk di Masjid al-Haram untuk beritikaf serta memenuhkan
masanya dengan membaca al-Qur’an sebanyak mungkin, sambil berpuasa dan bersungkai (berbuka
puasa) dengan air Zamzam dan buah kurma. Itu saja kerja asasinya.
Menurut pengarang buku ‘Alij Nafsaka bi al-Qur’an, wanita Maghribi ini, setelah melakukan
perkara tersebut hampir sebulan, maka dengan tiba-tiba merasakan ada perubahan aneh berlaku
pada dirinya. Dia merasa dia kuat, bertenaga dan cergas. Lalu dia pun pergi ke rumah sakit minta
diperiksa. Alangkah terkejut besar dia apabila diberitahu bahawa dia bersih dan bebas daripada
barah. Dalam makna, dia sekarang sudah sembuh, seratus peratus sembuh daripada barahnya.
Allahu Akbar, Walillahil-Hamd.
Lihat, saudara! Dua perubatan, “Bumi dan Langit” telah berhimpun, iaitu air Zamzam (bumi) dan
al-Qur’an(langit). Satu sama lain telah berpadu kekuatan untuk menewaskan musuh (penyakit
barah) perempuan Maghribi ini.
Sedikit mengenai air Zamzan ini, tersebut dalam Sunan Ibnu Majah, daripada Jabir bin Abdullah,
Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, maksudnya : “Air Zamzam itu berhasil untuk apa saja
(tujuan) ia diminum.”
Sementara hadits Ibnu ‘Abbas, riwayat ad-Daruquthni dan al-Hakim pula adalah lebih detail lagi,
berbunyi :
Maksudnya: Air Zamzam itu berhasil untuk apa saja (tujuan) ia diminum. Jika engkau meminumnya
untuk kesembuhan, nescaya Allah sembuhkan engkau. Jika engkau meminumkannya untuk kenyang,
nescaya Allah mengenyangkanmu, dan jika engkau meminumnya untuk menghilangkan dahaga,
nescaya Allah hilangkan dahagamu itu.
No comments:
Post a Comment