بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat
(memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai
orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam
sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. Al-Ahzab(56)
Selawat Fatih ini mampu membukakan asrar
(rahsia) ajaib yang menghairankan oleh akal sesiapa yang dapat membacanya
seratus kali setiap hari.
Sememangnya naluri manusia inginkan sesuatu
sebagai imbuhan, umpamanya pahala dan fadhilat membaca sesuatu selawat. Itulah
hikmah diwujudkan fadhilat.
Rasulullah SAW bersabda bahawa ulama itu
pewaris Nabi. Tidaklah menjadi kesalahan kalau nak diamalkan kerana ia masih
lagi ibadat dan tidak ada pula isi yang berunsurkan apa-apa yang menentang
Al-Quran dan As-Sunnah. Amalkan selawat Fatih, yang diamalkan oleh Syeikh Qadir
Al-Jailani.
Kelebihan Dan Fadhilat Selawat Fatih:
Selawat
Fatih juga mempunyai keistimewaan yang tersendiri seperti mana yang telah
disusun oleh para ulamak terdahulu. Antara kelebihan Selawat Fatih ialah :
1. Berkata
sebahagian ulamak Maghribi, berselawat sekali dengan Selawat Fatih menyamai
10 000 atau 600 000 yang lain.
2. Dibaca 11
kali selepas solat fardhu, Allah akan mengampunkan dosa-dosa
kecil dan aman tenteram jiwanya.
3. Dibaca 21
kali setiap hari, luas rezeki dan keluarganya selamat dari
kesusahan.
4. Sesiapa
beristiqamah berselawat Fatih 40 hari, dosanya akan diampuni Allah.
5. Sesiapa
mengamalkan dengan istiqamah, nescaya akan terbuka rahsia keajaiban,
menghilangkan dukacita, mendapat hidayah dan tercapai segala hajat.
Dan akan menjadi ahli syurga, walaupun hanya membaca sekali seumur
hidup.
6.
Kebanyakan daripada arifin menyebut bahawasanya selawat ini dapat
membukakan asrar (rahsia) ajaib yang terhairan oleh akal sesiapa yang dapat
membacanya 100 kali setiap hari,
7.
Sesungguhnya sesiapa yang tekun membacanya setiap hari 100 kali
dibukakan baginya banyak daripada hijab. Dan hasil baginya daripada
anwar. Dan ditunaikan segala keinginannya; dengan qadar yang tidak diketahui
melainkan oleh Allah Ta’ala.
8. Selawat ini bermanfaat
kepada orang Mubtadi, Mutawassith dan Muntahi.
9. Sesiapa yang
berselawat dengan Selawat Fatih ini sekali dalam hidupnya nescaya tidak akan
dijilat api neraka.
10. Sesiapa
membacanya 1000 kali pada malam Khamis dan Jumaat atau
Isnin akan dihimpunkan bersama-sama Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi
Wasallam.
Caranya adalah
membacanya selepas bersolat 4 rakaat,
1) Baca surah
al-Qadr, 2) Baca al-Zalzalah, 3) Baca al-Kafirun, 4) Baca Ma-’uzatain.
Oleh kerana banyaknya fadhilat Selawat Fatih ini, maka
marilah kita amalkan membacanya secara istiqamah.
Cari & Terus Mencari Keredhaan Allah Dunia & Akhirat Allahu Akbar. Allahu Rabbi. |
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Assalamualaikum....ustazah sy nk tnya terbuka hijab tu maksudnya hijab yg mcm mn ye?
ReplyDeleteSirr Allah s.w.t
ReplyDeleteSirr Allah s.w.t
ReplyDeleteSelawat ini disusun selepas Nabi wafat, macam mana boleh tahu ganjaran yang begitu hebat umpama baca sekali seumur hidup dapat Lepas dari neraka?
ReplyDelete